Entah apa masalah seorang netizen yang menggunakan nama akaun Facebook AS Mansor yang menghina Sarawak dengan sedemikian rupa di salah satu komen beliau.
"Nak malu apa, sarawak bukannya ada apa. Negeri pun tak maju. tempat pun tak menarik. Kalau nak melancung ke Sarawak batalkan saja niat tu, buat rugi duit saja ke Sarawak. Negeri Sarawak mundur, negeri pulak tak cantik pun." - AS Mansor
Apakah yang telah rakyat Sarawak lakukan terhadap AS Mansor sehinggakan beliau terlalu membenci dan menghina Sarawak sedemikian rupa?
Biar apa pun masalahnya, saudara AS Mansor tidak sepatut mengecam Sarawak secara keseluruhannya sebegitu.
Apakah dosa kami di Sarawak ini sehingga saudara AS Mansor menghina kami?
Sedangkan apabila saudara-saudara seMalaysia kami di Semenanjung menghadapi apa jua masalah dan bencana, kami di Sarawak dan Sabah pun turut menangis kesedihan. Malah, kamilah jua di antara yang pertama yang menawarkan pertolongan.
Alhamdullillah saudara AS Mansor, biarpun Sarawak mundur sepertimana yang saudara katakan, kami bangga kerana Sarawak adalah di antara negeri-negeri yang paling banyak menyumbang perolehan kepada Malaysia.
Kami juga bersyukur Sarawak selama ini, bukan saja berkembang dengan pesat namun tolenrasi dan perpaduan di antara pelbagai kaum dan ethnik di Sarawak semakin kuat dan jitu, rakyatnya hidup dalam keadaan damai dan harmoni.
Mengenai dakwaan AS Mansor, Sarawak tiada tempat cantik, tahukah saudara AS Mansor DUNIA telah mengiktirafkan Gunung Mulu iaitu Taman Negara terbesar di Sarawak sebagai Warisan Dunia dan tercantik pada tahun 2000. Apakah kecantikan di Sarawak yang telah diiktiraf DUNIA tidak mencapai standard kecantikan di mata AS Mansor?
Admin juga percaya, komen saudara AS Mansor tidak mewakili keseluruhan rakan-rakan SeMalaysia kami dari Semenanjung.
Provokasi seumpama ini tidak menguntung sesiapa malah, ianya hanya mengundang kepada kebencian, perpecahan dan sakit hati.
Oleh itu, admin berharap, cukup-cukuplah menyakitkan hati rakyat Sarawak, kitakan 1Malaysia? - Sarawakiana
Cukup-cukuplah, Jangan Hina Sarawak Lagi
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 31, 2014
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 31, 2014
Rating:

Katak dibawah tempurong..crazy frog icon..biarkan..itu katak sudah berbunyi..
ReplyDeleteKesian kan.. Im proud to be sarawakian, utk saudara mansor, kalau nak belajar toleransi dan keharmonian yg byk kaum sila lah dtg ke sarawak. Kami akan tunjukkan bagaimana rakyat sarawak menyambut anda. Mungkin sikap kepolitikan beliau arau masalah peribadi dibawa ke dlm isu negeri...sungguh cetek dan belum matang utk menimbulkan isu sebegini.
ReplyDeleteMuka pun dh macam katak kodok
ReplyDeletefirst of all.selidik dulu kalau betul dia yang cakap takut kalau kalau akaun dia kena hijack ker..tapi kalau dia yang buat...sangatlah mendukacitakan...saya orang semenanjung..datang ke kuching selama sebulan sebab company hantar saya pergi sana..sebelum pergipun macam macam saya dengar pasal sarawak..but after made it to kuching..wow..i love it..is a really peaceful city..saya rasa walaupn saya sampai saja ke kuching sudah cukup menggambarkan orang sarawak macam mana..orang orangnya baik..peramah...malah tak seperti di semenanjung..saya kadang berasa malu dengan orang sarawak yang saya rasa lebih bersopan santun daripada orang semenanjung terutamanya yang duduk di bandar bandar@masih ada lagi orang semenanjung yang sopan tapi susah nak dijumpa di bandar..bandar besar...di semenanjung..hakikatnya, sebagai contoh..berapa kali kita naik angin bila berjumpa dengan pekerja pekerja service di shopping mall, restaurant yang kurang ajar dan tak ramah..surprisingly saya tidak alami situasi ini di sarawak..mungkin bernasib baik kot...sarawak reminded me my childhood day in shah alam where people still value good cultures...hmmm...sabarlah sarawakian...tak kenal maka tak cinta..I LOVE SARAWAK...kamik cinta sarawak@is my sarawakian right or not..forgive me..love u all
ReplyDeletei,m proud to be Sarawakian...Nampak sangat si Mansor ni ketinggalan zaman..betapa Sarawak semakin maju..tidak nampak di matanya oleh sebab keeegoannya itu. Sarawak telah menyumbang sebanyak 2 juta untuk membantu rakyat beberapa buah negeri di semenanjung malaysia yg dilanda banjir paling buruk...sumbangan dari negeri yang dikatakan mundur..Sedarlah..bangunlah dari tidur Mansor yang lena..bahawa kalau tidak dari hasil bumi negeri Sarawak ini adakah anda akan menikmati keselesaan memandu dijalan yang rata? Alasan yang tak akan diterima rakyat Sarawak kalau dikatakan akaun kena hijack..setiap kali lepas kutuk Sarawak..keluarlah kenyataan akaun saya kena hack..kena itu, kena ini...alasan lapok...kami rakyat Sarawak mengharamkan kakimu memijak bumi Kenyalang negeri Sarawak...
ReplyDeleteHasil bumi negeri2 akan dikutip oleh federal..pembangunan pn akan dibuat ke setiap negeri mengikut bajet yg diberikan federal. Jadi jgn ckp bina jalan raya hanya ambil dari hasil bumi srwk shj. Ooo tedahhh..salah kitak tok deng.peace yo
DeleteHaramkn pijak bumi srwk dah kenapa??biar le die nk ke mana pn.bukan nye die kena tahan polis ka..sekatan ka..asal die rakyat mesia.die bebas kemana sj
DeleteBiar hodoh rupa asal jgn hodoh peribadi....bahasa jiwa bangsa.
ReplyDeleteKami di Sarawak hidup aman , damai , makmur dan bertolenrasi , itu adalah salah satu keunikan dan kecantikan yang tak ada di mana-mana di dunia . Pura-pura tak tahu ke ? Selain daripada tempat-tempat yang menarik dan mendapat pengiktirafan dunia , kami juga ada budaya yang berbagai-bagai hasil dari kepelbagaian etnik di sini contohnya pakaian , makanan , adat dan banyak lagi . AS tu maksudnya apa a ! Muka tak hensem sangat . Ada menunjukkan kebodohan sikit . Bagi komen pun bodoh .
ReplyDeletedia ni tak ckup tido, tu lah mencarut... bagi dia tido.
ReplyDeletei feel sorry for this guy. Shallow and lack of tact. when our knowledge is not up to a certain par, it's better to keep our mouth shut. better to keep quite rather than removing all doubts and exhibiting your stupidity to the whole world.
ReplyDelete