Seo Services

Dua Beradik Cedera Akibat Letupan Di Rumah


IPOH: Dua beradik cedera dipercayai akibat satu letupan yang berlaku di rumah mereka di Jalan U21, Bandar Universiti, Seri Iskandar dekat sini,semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, letupan itu berlaku di dalam sebuah bilik rumah berkenaan pada pukul 12 tengah hari, mengakibatkan Indra Adam Mohd Azlin, 9, dan adiknya Indra Adib, 5, mengalami kecederaan.

"Indra Adam mengalami cedera parah di tangan sehingga mengakibatkan jari kelingkingnya terputus manakala adiknya mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Mohamad Fakri berkata, ketika kejadian ibu mereka sedang memasak di dapur.

Beliau berkata, polis masih belum mengenal pasti punca letupan itu.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.-mStar
Dua Beradik Cedera Akibat Letupan Di Rumah Dua Beradik Cedera Akibat Letupan Di Rumah Reviewed by Unknown on December 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.