Seo Services

Mayat Guru Terjatuh Bot Ditemui


CHUKAI: Mayat Nur Hayati Sulong yang hilang dihanyutkan arus deras bersama suaminya, selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka menuju ke pusat pemindahan pada Rabu lalu terbalik, ditemui petang semalam.

Mayat guru berusia 37 tahun itu ditemui di tebing Sungai Kemaman pada jam 4 petang Jumaat, kira-kira 150 meter dari lokasi mereka terjatuh daripada bot berkenaan.

Penemuan mayat itu disahkan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Che Suza Che Hitam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, anggota penyelamat masih meneruskan usaha mencari suami mangsa, Suhaimi Awang, 37.

Dalam kejadian jam 1.20 petang Rabu lalu, kedua-dua mangsa hilang, selepas bot penyelamat yang mereka naiki, terbalik ketika operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Geliga Che Akob.

Ketika kejadian, pasangan itu bersama tiga mangsa lain serta seorang anggota bomba dan dua anggota polis menaiki bot berkenaan, sebelum ia terbalik kerana dipercayai terperangkap dalam pusaran air.

Semua penumpang yang memakai jaket keselamatan terhumban ke dalam air, tetapi Nur Hayati bersama Suhaimi hanyut dibawa arus deras. - RakyatPost
Mayat Guru Terjatuh Bot Ditemui Mayat Guru Terjatuh Bot Ditemui Reviewed by Salfian Nawawi on December 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.