Seo Services

Pemuda BN Sarawak Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Semenanjung



KUCHING: Pemuda Barisan Nasional Negeri Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),  Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) , Parti Rakyat Sarawak (PRS)  dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)  hari ini turut menyumbangkan barangan keperluan bernilai hampir RM10,000 untuk mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 

Antara barangan yang disumbangkan ialah barang makanan kering,  air minuman,  lampin bayi,  tuala wanita dan beberapa jenis barang makanan yang lain.

Menurut Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak, Leonard Jambu sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan sumbangan komponen -komponen BN Negeri Sarawak.

"Kami seluruh Pemuda BN Negeri Sarawak prihatin dengan nasib yang menimpa  mangsa-mangsa banjir di sana dan seperti yang semua sedia maklum kami rakyat di negeri Sarawak pernah merasai kesukaran tersebut melalui beberapa pengalaman banjir Yang lepas," jelas Leonard. 

Beliau turut menambah Pemuda BN Negeri Sarawak turut bersiap sedia sekiranya keadaan yang sama berlaku di Negeri Sarawak dengan memastikan setiap wakil Pemuda di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bersiap sedia melalui kerjasama dengan wakil rakyat serta pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing. 

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PBB, Bell Bernard Aggan; Bendahari, Hamzah Ibrahim; Ketua Penerangan, Fazzrudin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Agung Pemuda, Dato Wan Hamzah Wan Paie dan Exco Pemuda PBB Sarawak, Allan Gramong. 

Sumbangan diserahkan kepada Pengurus Excess Baggage, Azman Hezri iaitu syarikat pengangkutan yang menguruskan penghantaran semua bentuk sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir ke Semenanjung Malaysia. - Sarawakiana
Pemuda BN Sarawak Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Semenanjung Pemuda BN Sarawak Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Semenanjung Reviewed by Salfian Nawawi on December 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.