KUCHING: Polis menafikan khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial, termasuk Facebook, mendakwa pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501, dilihat terbang di ruang udara bandaraya ini dan Santubong.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek, ketika membuat penafian itu, berkata penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh menjejaskan usaha pihak berkuasa mengesan pesawat berkenaan yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi tadi. - BH
Polis Nafi Khabar Angin Pesawat AirAsia Hilang Lalu Sarawak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 28, 2014
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 28, 2014
Rating:

No comments: