Seo Services

QZ8501: Objek Menyerupai Bahagian Dan Barangan Pesawat Dikesan


PANGKALAN BUN: Beberapa objek menyerupai peluncur kecemasan, pintu pesawat dan barangan lain telah dikesan semasa pencarian udara pesawat AirAsia QZ8501 pada pagi tadi.

Pihak berkuasa Indonesia memberitahu, barangan menyerupai peluncur kecemasan, pintu pesawat dan objek-objek lain telah dikesan semasa pencarian udara pesawat AirAsia QZ8501 pada pagi tadi.

"Kami mengesan lebih dari 10 objek dan pelbagai objek berwarna putih namun ianya tidak dirakam gambarnya," kata Ketua Tentera udara Indonesia Agus Dwi Putranto dalam sidang akhbar sebentar tadi.

"Lokasi tersebut terletak 10 kilometer (enam batu) dari dari lokasi dimana pesawat berkenaan di lihat dalam radar," katanya lagi.

Beliau kemudiannya menunjukkan 10 keping gambar yang menunjukkan objek yang menyerupai pintu pesawat, peluncur kecemasan dan objek berbentuk kotak.

Seorang jurugambar AFP yang turut dalam pencarian tersebut juga dikatakan melihat beberapa serpihan yang menyerupai bot kecemasan, pelampung keselamatan berwarna jingga. - Sarawakiana

QZ8501: Objek Menyerupai Bahagian Dan Barangan Pesawat Dikesan  QZ8501: Objek Menyerupai Bahagian Dan Barangan Pesawat Dikesan Reviewed by Unknown on December 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.