Seo Services

Banjir: Najib Kerah Operasi Bantuan Di Sarawak Disegerakan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan semua agensi berkaitan supaya segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Sarawak.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebook dan Twitter beliau, Najib berkata beliau memantau situasi banjir yang melanda negeri itu sejak tiga hari lalu.

"Saya maklum akan situasi banjir di Sarawak dan telah kerahkan operasi bantuan disalurkan dengan secepat mungkin kepada yang memerlukan. "Saya akan pantau keadaan ini," katanya.

Banjir di Sarawak dilaporkan bertambah buruk pagi ini apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri itu meningkat kepada 3,201 orang daripada 736 keluarga berbanding 153 keluarga malam tadi.

Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu memburukkan lagi keadaan banjir di beberapa tempat terutamanya di Kuching, Samarahan, Mukah dan Limbang. - BERNAMA
Banjir: Najib Kerah Operasi Bantuan Di Sarawak Disegerakan Banjir: Najib Kerah Operasi Bantuan Di Sarawak Disegerakan Reviewed by uMieySurianie on January 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.