Seo Services

Adenan, Santai Tapi Tegas


KUCHING: Siaran Langsung Rancangan Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di RTM Auditorium P.Ramlee, Kuching malam tadi menampilkan pesonaliti sebenar beliau iaitu; "easy-going", santai tetapi tegas dan perihatin.

Rancangan selama satu jam yang dihoskan oleh pengecara Sayed Munawar dan disiarkan secara langsung di RTM TV1 sempena tepat setahun beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak menyentuh beberapa isu berkaitan dengan Sarawak.

Adenan menegaskan, dasar kerajaan Sarawak kini adalah untuk menumpukan pembangunan kepada luar bandar agar tahap keselesaan dari aspek kemudahan di luarbandar dan bandar adalah sama ataupun hampir sama.

Mengingatkan mantan Ketua Menteri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah membawa pembangunan di negeri ini selama lebih 30 tahun, Adenan secara berseloroh berkata, beliau hanya setahun menjadi Ketua Menteri maka berilah beliau peluang (dan masa) untuk membawa pembaharuan di Sarawak.

Menyentuh mengenai pendidikan, beliau menekankan, menyediakan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan maka kerajaan harus membantu sekolah-sekolah Cina dan kita di Sarawak mengiktiraf sekolah-sekolah Cina di sini.

"Tahun lepas sahaja Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi sekolah-sekolah Cina di negeri ini," katanya lagi.

Berkaitan dengan sikap terbukanya kepada pembangkang, Adenan menegaskan, pembangkang juga adalah "anak Sarawak" maka suara mereka juga harus didengari.

""Jika pembangkang kata cadangan saya popular? Join us (sertailah kami)," kata Adenan berseloroh namun penuh bermakna.

Untuk mengurangkan beban rakyat, Adenan menyatakan, semua tol di Sarawak mungkin akan di lupuskan atau diturunkan kadarnya.

"Tapi kami (kerajaan negeri) harus berbincang dengan syarikat-syarikat yang menjaga tol ini untuk tujuan tersebut dalam masa yang terdekat ini, tambahnya lagi.

Ditanya Sayed mengapa Adenan begitu konsisten dan serius untuk membasmi pembalakan haram, Adenan berkata, ianya harus dibasmi sama sekali kerana selama ini, pencuri kayu (balak) telah bermaharajalela, banyak kayu balak sudah dirompak dan ini mengurangkan pendapatan negeri.

"Kadangkala pegawai forestry corporation (perhutanan) juga terlibat -ada mata butak (buta), ada telinga bengal (pekak) ada mulut bisuk (bisu), maka, kami dah arahkan SPRM untuk menangani gejala ini dengan serius."

Mengenai terdapat banyak pembohongan yang tersebar di media sosial (mengenai Sarawak), Adenan secara berseloroh berkata, pembohongan di media sosial oleh pihak pembangkang, berkemungkinan kerana terdapat terlalu banyak "pembohong" di sana (pembangkang).

Kepada satu soalan dari media sosial mengenai kekurangan guru di negeri ini, Adenan menyatakan orang Sarawak yang menjadi menjadi guru perlu berkerja sebagai guru di Sarawak kerana mereka lebih memahami keadaan negeri ini.

"Kalau tak cukup, barulah tambah guru (dari negeri) lain," katanya sambil menambah sudah menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri untuk memastikan anak-anak di Sarawak Mendapat pendidikan yang terbaik.

Berkaitan dengan kawalan kemasukan individu ke Sarawak, Adenan menegaskan, memang itu sudah menjadi hak Sarawak berbuat demikian sepertimana yang termaktub didalam perjanjian penubuhan Malaysia dahulu.

"Di Semenanjung kini terdapat pelbagai ketegangan yang berkaitan kaum dan agama sebab itu Sarawak menghalang mana-mana individu yang kami rasa boleh mengundang situasi yang sama di negeri ini."

"Dan kemungkinan kami akan menambah nama-nama mereka (yang akan dihalang memasuki Sarawak) .. kita kena check list (periksa senarai) dulu," katanya lagi dan ini di sambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang ada studio tersebut.

Mengenai isu diskripsi kaum yang mendefinasikan Iban, Bidayuh, Kayan, Ulu, Kadazan dan Bajau, Adenan berkata, perkara ini sebenarnya telah lama mendapat perhatian dari kerajaan Sarawak.

"Kaum Iban, Kadazan, Bajau ..patut di iktirafkan bukannya "lain-lain" .. mereka juga manusia," katanya lagi.

Kepada solan dari penonton di studio mengenai peranan wanita di Sarawak, Adenan menyatakan, walaupun wanita dan lelaki tidak sama namun layanan terhadap mereka mestilah sama.

"Jika ada undang-undang yang mendiskrimasikan wanita, beritahu saya, saya akan menukarkannya," tegas Adenan. - Sarawakiana


Adenan, Santai Tapi Tegas Adenan, Santai Tapi Tegas Reviewed by Salfian Nawawi on February 25, 2015 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.