KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan mendapatkan bantuan segera jika mengalami gejala denggi.
Perdana menteri berkata langkah itu perlu segera dilakukan memandangkan kes denggi semakin meningkat setiap hari.
Beliau berkata demikian dalam laman Twitternya dan tweet itu turut disertakan dengan infografik mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya mengalami gejala denggi.
Antara langkah itu ialah mendapatkan nasihat doktor, minum banyak air masak dan berehat, elakkan pengambilan ubat aspirin bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun, mandi jerlum untuk kurangkan suhu badan serta mengambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam dan kesakitan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat lepas dilaporkan berkata sebanyak 15,039 kes denggi direkodkan sejak awal tahun hingga 7 Feb lepas, meningkat 59 peratus atau 5,586 kes berbanding 9,453 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Ia melibatkan 44 kematian bagi tempoh berkenaan berbanding 17 bagi tempoh sama dalam 2014.- BERNAMA
Ambil Langkah Berjaga-jaga Segera Daripada Denggi
Reviewed by Unknown
on
February 17, 2015
Rating:
No comments: