Seo Services

Angka Kematian Akibat Selesema Babi Di India Mencecah 832


NEW DELHI: India mencatat 20 lagi kematian akibat selesema babi semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 832 sejak wabak tersebut merebak awal tahun ini, dengan jumlah kes yang disahkan mencecah 14,000.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan sebanyak 38 kematian dalam satu hari dengan pihak berkuasa kesihatan di ibu negara ini dan beberapa bandar raya utama mempertingkatkan usaha membendung penyakit membawa maut ini dengan mengarahkan hospital dan makmal melakukan saringan darah.

Selain Delhi, negeri-negeri utama lain yang terjejas teruk ialah Rajasthan, Uttar Pradesh, Gujerat dan Telangana.

Negeri paling teruk terjejas setakat ini ialah Rajasthan dengan lebih 4,000 kes dilaporkan, melibatkan 200 kematian.

Delhi dan Gujerat sahaja masing-masing mencatat kira-kira 2,000 kes sepanjang tempoh dua bulan lepas.

Simptom selesema babi adalah sama dengan selesema biasa seperti batuk, demam, sakit tekak dan keletihan.
Angka Kematian Akibat Selesema Babi Di India Mencecah 832 Angka Kematian Akibat Selesema Babi Di India Mencecah 832 Reviewed by Unknown on February 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.