Seo Services

Bangkai Buaya "Dipotong" Ditemui


MIRI: Beberapa penduduk yang tinggal di tebing Sungai Niah gempar dengan penemuan bangkai seekor buaya yang terapung di tengah-tengah sungai tersebut, awal pagi semalam.

Ketika ditemui sekitar jam 7 pagi itu, bangkai buaya yang dianggar berukuran lebih 10 kaki panjang didapati tidak ada lagi keempat-empat kaki, ekor dan sebahagian muncung.

Menurut sumber, beberapa penduduk kaum Cina datang bersembahyang di sebuah tokong berhampiran ternampak objek putih terapung-apung di tengah sungai tersebut.

Justeru kerana ingin tahu, beberapa nelayan berada di tebing sungai menghampiri objek itu dan mendapati ia bangkai seekor buaya dengan bahagian ekor, keempat-empat kaki dan sebahagian muncung telah hilang seolah-olah dipotong.

Sehubungan itu, penduduk segera menghubungi Jabatan Hutan bagi memaklumkan penemuan tersebut.

Sebaik tiba di lokasi penemuan, tiga kakitangan jabatan itu dengan dibantu beberapa nelayan berjaya mendaratkan bangkai buaya tersebut.

Punca buaya itu mati masih belum diketahui dan bangkainya ditanam di kawasan berhampiran. - UB
Bangkai Buaya "Dipotong" Ditemui Bangkai Buaya "Dipotong" Ditemui Reviewed by Salfian Nawawi on February 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.