Seo Services

Berdasarkan Kajian, 4 Dari 5 Wanita Inggeris Tidak Mandi Pagi


Jika anda mempunyai rakan wanita berbangsa Inggeris atau lama menetap di England, kajian terbaharu sebuah agensi bebas tempatan, Flint + Flint pasti membuatkan anda serba salah untuk berada dekat dengan mereka selepas ini.

Hasil kajian itu yang melibatkan lebih 2,000 responden berusia dari 18 sehingga 50 tahun mendedahkan, wanita Inggeris umumnya memang tidak terlalu mempedulikan aspek kebersihan dan keharuman tubuh badan diri mereka sendiri.

Firma itu malah mendapati, empat daripada lima wanita Inggeris mengaku tidak mandi setiap hari manakala 33 peratus mengatakan mereka pernah tidak mandi selama tiga hari dan 67 peratus tidak membersihkan solekan wajah sebelum tidur.

Alasan mereka kerana berasa terlalu penat setelah sibuk dengan aktiviti seharian dan lebih teruk, satu daripada lapan wanita tidak menggosok gigi sebelum tidur selain 21 peratus responden mandi waktu pagi dengan cepat pada setiap hari.

Anehnya walaupun tidak mandi, 57 peratus wanita Inggeris mengaku memilih cara untuk membersihkan diri dengan hanya mengelap tubuh menggunakan tisu basah biarpun tahu cara tersebut pastinya sangat tidak bersih dari segi kesihatan.

Ironi, 92 peratus responden wanita mengaku sedar mengenai kepentingan dan manfaat memiliki kulit bersih terawatt, bahkan 76 peratus responden faham bahawa kurang tidur dan dehidrasi memberikan pengaruh buruk pada kecantikan kulit.

Mujur kajian itu mendapati 89 peratus wanita berjanji akan lebih menjaga kebersihan diri pada waktu akan datang dan firma Flint + Flint mendedahkan, kesibukan tugas menyebabkan ramai wanita tidak mandi sebelum pergi bekerja.

“Kami mendapati, ramai responden tidak sedar melewatkan mandi pagi, dapat membuat diri mereka jadi antisosial dan sangat tidak sihat. Mereka amat sibuk sehingga terpaksa tidak mandi sebagai cara hidup,” kata pemilik Flint + Flint, Maxine Flint.

Firma penyelidik yang turut terlibat dalam penjagaan kesihatan kulit di Britain itu mendakwa, jika trend tidak mandi berterusan, wajah wanita Inggeris akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar akibat tubuh kering air dalam badan. – Agensi
Berdasarkan Kajian, 4 Dari 5 Wanita Inggeris Tidak Mandi Pagi Berdasarkan Kajian, 4 Dari 5 Wanita Inggeris Tidak Mandi Pagi Reviewed by Unknown on February 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.