Seo Services

Cari Duit Menerusi Aksi Berani Mati


India – Pasangan suami isteri ini mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap satu sama lain. Jika tidak masakan mereka boleh melakukan aksi berbahaya ini, yang boleh mengorbankan nyawa jika melakukan kesilapan walaupun hanya sedikit.

Namun demi mencari sesuap nasi, pasangan Bhramharamba dan suaminya, Balashankar Budati mengenepikan perasaan takut.

Mereka terlibat dalam persembahan menakjubkan atau disifatkan `gila’ bagi sesetengah orang iaitu menetak kelapa dengan parang di atas leher.

Bagaimanapun Balashankar memang cekap kerana kelapa yang diletakkan di atas leher isterinya dapat dipecahkan dengan mudah dengan menggunakan parang, tanpa mencederakan wanita itu.

Kecekepannya itu dirakamkan untuk episod World’s Most Talented, iaitu rancangan yang memperkenalkan individu yang mempunyai kemahiran tinggi dan menakjubkan kepada orang ramai. - MYNEWSHUB


Cari Duit Menerusi Aksi Berani Mati Cari Duit Menerusi Aksi Berani Mati Reviewed by uMieySurianie on February 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.