Seo Services

Disangka Babi Hutan, Wanita Mati Ditembak


SIBU: Seorang wanita pertengahan umur mati ditembak kerana disangka babi hutan pagi Isnin lepas ketika bersama suaminya memeriksa perangkap babi di kawasan belakang rumah panjang mereka.

Mangsa dikenali sebagai Ida Nuing, 59, berasal dari Rumah Selat, Sungai Duat, Selangau ditembak selepas berjalan selama 20 minit ke dalam hutan bersama suaminya.

Seorang suspek tinggal di rumah panjang sama ditahan di Selangau pagi semalam dan memberitahu, dia tersilap pandang kerana menyangka subjek ditembaknya seekor babi hutan.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu dalam kes berasingan, lelaki dikenali sebagai Lee Gilang, 35,meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan kendiri di Pasai Siong lewat petang Isnin lepas.

Mangsa dikatakan menunggang motosikal melalui Jalan Pasai Siong apabila kemalangan itu berlaku sekitar jam 6 petang. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Penduduk berdekatan menyaksikan kejadian itu menghubungi ambulans dan paramediks mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar polis ke Hospital Sibu untuk tindakan susulan. - UB
Disangka Babi Hutan, Wanita Mati Ditembak Disangka Babi Hutan, Wanita Mati Ditembak Reviewed by Salfian Nawawi on February 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.