KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan lagi agar mengelakkan pembakaran terbuka terutama pada musim panas dan kering sekarang akibat fenomena Equinox.
Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (DOE), Mashitah Darus berkata, "Ini (mengelak kebakaran) tidak boleh dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat saja.
"Orang ramai perlu tahu tanggungjawab mereka, dan hentikan aktiviti pembakaran terbuka," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau juga meminta setiap orang bekerjasama bagi mengelakkan berlakunya kebakaran hutan.
Mengenai jumlah kebakaran kecil dan terbuka yang dikatakan meningkat sekarang akibat cuaca panas, Mashitah berkata, kebakaran itu dapat dikawal dan tidak akan menyebabkan pencemaran jerebu.
Menurutnya kebakaran kecil itu sering berpunca dari pembuangan puntung rokok di kawasan pembuangan sampah dan oleh sesetengah orang yang memancing di sungai.
Elakkan Pembakaran Terbuka Terutama Di Musim Panas Sekarang - JAS
Reviewed by Unknown
on
February 25, 2015
Rating:
No comments: