Beberapa hari lalu, portal Malaysia Today menerusi artikel bertajuk “Jude : I Was Asked To Subvert The Trial” telah membuat pendedahan mengejutkan oleh pegawai penyiasat kes Liwat II, iaitu DSP Jude Blacious Pereira.
Jude memberitahu, beliau pernah diminta untuk membuat satu kenyataan media oleh Pengerusi MyWatch Malaysia, R Sri Sanjeevan yang meminta beliau mengaku bahawa kes berkenaan kononnya satu konspirasi politik terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut memaklumkan bahawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut terlibat dalam perbuatan tersebut.
Namun, permintaan itu ditolak Jude kerana hasil siasatannya mendapati tidak wujud sebarang konspirasi politik dalam kes berkenaan.
Di saat ramai yang tertanya-tanya kesahihan wujudnya penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkara itu, timbul pula satu gambar yang memperlihatkan pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan bapa Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu.
Gambar yang tidak diketahui tarikh dan lokasi itu sedikit sebanyak mencetuskan pertanyaan khususnya mengenai tujuan pertemuan itu diadakan.
Ini kerana, biarpun kes pembunuhan wanita itu sudah selesai selepas mahkamah memutuskan hukuman mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, masih ada lagi isu yang belum bernoktah mengenainya.
Ia susulan kenyataan Sirul yang kini berada di Australia untuk mendedahkan rahsia di sebalik kematian wanita Mongolia itu.
Persoalannya, adakah pertemuan Anwar dan Setev itu ada kaitannya dengan pendedahan yang mahu dilakukan oleh Sirul yang dikatakan mungkin dipengaruhi dan diperalatkan oleh pihak berkepentingan?
Apa tidaknya, sebelum ini bekas komando polis itu tidak pernah mendedahkan perkara tersebut sewaktu siasatan awal dijalankan, tetapi tiba-tiba mengubah fikiran membuat pendedahan selepas keputusan mahkamah.
Mungkinkah pertemuan itu ada kaitannya dengan konspirasi untuk memusnahkan nama baik kerajaan Malaysia terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan tersebut sehingga menyebabkan beliau bersumpah laknat tidak pernah mengenali Altantuya. Wallahu a’lam… – MyNewsHub
Gambar Pertemuan Anwar Dengan Bapa Altantuya Cetus Persoalan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
February 23, 2015
Rating:
No comments: