Seo Services

Lawatan Rasmi PM Ke Sarawak


KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan mengadakan lawatan rasmi ke Sarawak pada 26 hingga 28 Februari ini.

Najib, yang akan ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sepanjang lawatan beliau selama tiga hari di sini.

Dijanka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 5 petang pada hari Khamis, 26 Februari, Perdana Menteri dijadualkan akan menghadiri Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching pada jam 8.30 malam.

Pada hari seterusnya (Jumaat, 27 Februari 2015), beliau dijadualkan akan merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Sri Aman sebelum bertolak ke Beladin untuk merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Dewan Masyarakat Beladin.

Najib kemudiannya, dijadualkan akan ke Masjid Rahmaniah untuk Solat Jumaat bersama masyarakat setempat.

Dalam masa yang sama, Datin Seri Rosmah, yang juga Pengerusi BAKAT dijadulkan akan menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir anjuran Bersama BAKTI dan Pandu Puteri Malaysia di Dewan Suarah Samarahan.

Program seterusnya pada sebelah petang pula akan menyaksi Perdana Menteri menghadiri Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Slabi Baru, Serian.

Pada sebelah malamnya pula, beliau dijadualkan menghadiri Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina yang akan di adakan di Perkarangan Dewan Masyarakat MBKS.

Pada hari terakhir lawatan Najib ke Sarawak (Sabtu, 28 Februari), beliau akan mengadakan “Walk-About “ di Medan Niaga Satok serta menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Kepada Mangsa Banjir sebelum bertolak balik ke Kuala lumpur. - Sarawakiana
Lawatan Rasmi PM Ke Sarawak Lawatan Rasmi PM Ke Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on February 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.