Seo Services

Lelaki Ditempat Awam Waktu Solat Jumaat Akan Ditahan


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyokong langkah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk mengambil tindakan terhadap umat Islam yang berkelakuan tidak senonoh dan berpakaian tidak sopan di tempat awam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu termaktub dalam Seksyen 34 dan Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Pendekatan digunakan oleh pihak MADIAM itu adalah untuk mendidik masyarakat khasnya golongan belia Islam agar sentiasa menjaga akhlak mereka di tempat awam, katanya kepada pemberita selepas taklimat di Wisma Persekutan di sini hari ini.

Menteri Besar berkata pihak MAIDAM juga diminta memperkemaskan lagi undang-undang sedia ada termasuk larangan kepada umat Islam lelaki berada di tempat awam ketika solat Jumaat.

Katanya mereka yang ditangkap kerana melanggar peraturan itu akan dipanggil untuk sesi kaunseling dan jika masih lagi melakukan kesalahan yang sama, tindakan undang-undang atau denda akan dikenakan.

"Kaedah mendidik, penguatkuasaan cara terbaik ... pastikan pelaksanaan yang dibuat itu betul dan sewajarnya," katanya. - mStar
Lelaki Ditempat Awam Waktu Solat Jumaat Akan Ditahan Lelaki Ditempat Awam Waktu Solat Jumaat Akan Ditahan Reviewed by Salfian Nawawi on February 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.