Seo Services

Penyalahgunaan "Dadah Orang Miskin" Di Sarawak Masih Terkawal


KUCHING: Penyalahgunaan "dadah-dadah orang miskin" seperti Nospan dan Codine walaupun agak berleluasa di Sarawak namun ianya masih lagi dalam kawalan.

Menteri Muda Perumahan Dan Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dalam sesetangah kes, permis yang bukan farmasi pun juga ada menjual dadah-dadah ini.

"Nospan dan Codine diibaratkan "dadah orang miskin' kerana ianya murah dan mudah didapati disamping sering dijadikan "dadah permulaan" sebelum si penagih menjadi lebih advan dan bertukar kepada "dadah designer" (Metaphamine-syabu, Eramin5 dan lain-lain lagi)."

"Apa yang perlu kita buat adalah mencari satu jalan yang terbaik bagi mengawasi dan mengawal penjualan dadah-dadah ini (Nospan dan Codine) agar ianya tidak disalahgunakan."

Karim menjelas, dadah Nospan dan Codine sebenarnya adalah untuk batuk dan selsema jika dimakan dalam kuantiti yang netul namun sekiranya diambil dalam kauntiti yang berlebihan, ianya boleh mengakibatkan si pemakan mengalami halusinasi, itu yang akan menyebabkan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penyelaras Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sarawak sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini pagi tadi.

Pada majlis yang sama, satu majlis penyerahan tugas secara simbolik dimana Karim mengambil alih jawatan Pengerusi PEMADAM Sarawak mengganti mantannya Datuk Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Haji Fauzi diadakan.

"Semuanya ini adalah dalam jurisdiksi Parlimen dan kami berharap agar satu rang undang-undang yang dapat mengawal penjualan "dadah-dadah murah" dengan lebih dari efisyen akan dapat diadakan agar meminimakan gejala menyalahgunakan bahan-bahan ini."

"Mungkin disebabkan pengunaan "dadah orang miskin" ini tidak begitu berleluasa di Semenanjung kerana mereka mempunyai banyak kes yang melibatkan dadah-dadah yang "lebih berat" berbanding Sarawak maka, isu ini tidak mendapat keutamaan di Parlimen," katanya lagi. - Sarawakiana
Penyalahgunaan "Dadah Orang Miskin" Di Sarawak Masih Terkawal Penyalahgunaan "Dadah Orang Miskin" Di Sarawak Masih Terkawal Reviewed by Salfian Nawawi on February 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.