Seo Services

PM Umum Tujuh Inisiatif Dan Projek Teruskan Momentum Pembangunan Labuan


LABUAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh inisiatif dan projek bagi meneruskan momentum pembangunan pulau bebas cukai ini yang berkembang pesat demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduknya.

Inisiatif dan projek berkenaan termasuk meneruskan pemberian subsidi untuk feri penumpang Labuan bernilai RM15 juta setahun dan membangunkan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk menempatkan semua agensi kerajaan Persekutuan di bawah satu bumbung bagi menyediakan perkhidmatan lebih cekap kepada rakyat.

Selain itu, peruntukan RM1.5 juta untuk mewujudkan kemudahan eskalator di Kompleks Pasar Sentral Labuan; RM20 juta untuk menaik taraf kemudahan di jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan; pembinaan beberapa batang jalan raya yang perinciannya akan diumumkan kemudian dan penurunan secara ketara duti setem untuk penukaran status tanah pertanian kepada perumahan.

Turut diumumkan ialah projek-projek di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) berjumlah RM77.5 juta.

Projek berkenaan adalah pembinaan surau baharu di Kampung Sungai Bedaun bernilai RM7 juta, RM5 juta bagi pembinaan surau pusat bandar, RM60 juta untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama dan asrama di Kampung Sungai Bedaun serta RM2 juta untuk kerja baik pulih Masjid An Nur.
PM Umum Tujuh Inisiatif Dan Projek Teruskan Momentum Pembangunan Labuan PM Umum Tujuh Inisiatif Dan Projek Teruskan Momentum Pembangunan Labuan Reviewed by Unknown on February 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.