Seo Services

Projek Industri Di Sarawak Tarik RM35.8B Pelaburan


KUCHING: Sebanyak 3,966 projek pelaburan membabitkan pelbagai sektor industri bernilai mencecah RM259.9 bilion telah diluluskan kerajaan sepanjang tempoh empat tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ianya telah membuka lebih 400,000 peluang pekerjaan khususnya kepada anak-anak tempatan disamping merangsangkan pertumbuhan sosio ekonomi negara.

"Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 155 projek diluluskan di negeri ini membabitkan nilai pelaburan berjumlah RM35.8 bilion, masing-masing RM8.4 bilion pelaburan domestik, manakala selebihnya pelaburan langsung asing (FDI)."

Muhyiddin menambah, ianya telah mewujudkan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini, terutamanya buat mereka yang memiliki tenaga kerja mahir.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemimpin Bersama Warga Industri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching malam tadi.

"Sarawak akan terus kekal sebagai pusat pelaburan yang kondusif di Malaysia bersandarkan kepada jumlah pelaburan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang kini telah mencecah RM25.3 bilion."

Muhyiddin juga mengingatkan agar agensi-agensi bertanggungjawab, khususnya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) terus mengembleng usaha melalui bagi memastikan Sarawak kekal sebagai destinasi perdagangan terulung.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Industri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Menteri Perdagangan Dan Antarabangsa Datuk Hamim Samuri. - Sarawakiana
Projek Industri Di Sarawak Tarik RM35.8B Pelaburan Projek Industri Di Sarawak Tarik RM35.8B Pelaburan Reviewed by Salfian Nawawi on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.