Seo Services

PROTON Holding Berhad Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Limbang





LIMBANG: Seramai 184 keluarga dari Kampung Mendait di sini yang telah terjejas akibat banjir baru-baru ini menarik nafas lega hari ini apabila PROTON Holding Berhad tampil menghulurkan bantuan kepada mereka.

Bantuan yang berupakan barangan makanan asas dan beg sekolah disampaikan oleh Pengarah Kualiti PROTON Holding Berhad Azmi Idris.

Selain Kampung Mendait, Konvo Proton Iriz Borneo Media Drive juga telah menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Batu Danau, Limbang.

Konvo Proton Iriz Borneo Media Drive yang bermula dari Miri ke Kota Kinabalu pada hari Rabu lepas disertai oleh 20 wakil media dari pelbagai agensi dan 20 orang kakitangan serta eksekutif PROTON Holding Berhad.

Program Proton Iriz Borneo Media Drive adalah inisiatif PROTON Holding Berhad untuk memberi pengalaman pemanduan ekskluif kepada pengiat-pengiat media akan kereta model Proton Iriz. - Sarawakiana
PROTON Holding Berhad Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Limbang PROTON Holding Berhad Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Limbang Reviewed by Salfian Nawawi on February 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.