Seo Services

Ribuan Ziarah Jenazah Nik Aziz


KOTA BARU: Ribuan orang mula menziarahi jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka di sini, Jumaat.

Orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi kediaman Allahyarham sebaik tersebarnya berita mengenai pemergian bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad, sejak 1990, pada 9.40 malam Khamis. Jumlah mereka bertambah ramai sejak awal pagi Jumaat.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya selepas sekian lama menghidap kanser prostat.

Antara yang telah menziarahi jenazah ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Jenazah kini ditempatkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran kediaman Allahyarham untuk memudahkan orang ramai.

Orang ramai dilarang mengambil gambar atas permintaan keluarga.

Jenazah dijadual disembahyangkan pada 10 pagi Jumaat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka, di sini. - mStar
Ribuan Ziarah Jenazah Nik Aziz Ribuan Ziarah Jenazah Nik Aziz Reviewed by uMieySurianie on February 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.