Seo Services

Siar Kenyataan Berbaur Hasutan, "Zunar Cartoonist" Ditahan Polis


KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun Twitter ‘Zunar Cartoonist’ di @zunarkartunis kerana dipercayai memuat naik kenyataan berbaur hasutan terhadap hakim dalam keputusan kes rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), SAC Zainuddin Ahmad dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 52 tahun itu, ditahan di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, kira-kira 9.30 malam.

Suspek ditahan di lokap Dang Wangi untuk permohonan reman esok di bawah Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah (KPJ).
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Suspek dipercayai memuat naik kenyataan itu di akaun miliknya kira-kira 12.17 tengah hari tadi dan mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan pasukan polis menyiasat perkara itu. - RakyatPost
Siar Kenyataan Berbaur Hasutan, "Zunar Cartoonist" Ditahan Polis Siar Kenyataan Berbaur Hasutan, "Zunar Cartoonist" Ditahan Polis Reviewed by Salfian Nawawi on February 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.