Sebelum ini, masyarakat dikejutkan dengan satu klip video yang dirakam seolah-olah mirip rakaman anggota kumpulan militant IS di Timur Tengah mengelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia menggugut akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara dengan meletupkan mahkamah.
Tidak sampai sebulan isu sekumpulan anak muda yang tampil dengan video mengancam untuk membakar mercun di hadapan mahkamah sebagai tanda protes, kini satu lagi rakaman video dikeluarkan dengan ugutan untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Mereka percaya dengan bertindak demikian akan menakutkan ketua-ketua agensi kerajaan yang lain dari terus menjahanamkan sistem demokrasi.
“Adakah rakyat Malaysia boleh menukar pengerusi SPR melalui demokrasi?
“Adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua hakim negara melalui demokrasi?
“Adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua polis negara melalui sistem demokrasi?
“Tidak.. manusia-manusia inilah yang menjadi perosak kepada demokrasi...
“Oleh itu, kami Anak Malaysia Anti Demokrasi mengumumkan akan membunuh ketua polis negara dengan meletupkan keretanya.
“Dengan demikian itu, agensi-agensi kerajaan akan takut untuk melakukan kesalahan,” ugut salah seorang lelaki dalam klip video tersebut.
Menurut tiga individu yang berpakaian serba hitam dan menutup muka mereka turut menyatakan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China menjadi maju dan dihormati kerana rakyatnya menolak sistem demokrasi.
Video berdurasi 1 minit 28 saat itu di muat naik pada 23 Februari oleh Anonymous Malaysia menggunakan judul ‘Peringatan kepada IGP’ telah ditonton 1386 pengguna laman sosial. - Sarawakiana
#Video : Selepas Ugut Letupkan Mahkamah, Ugut Bunuh Ketua Polis Negara Pula
Reviewed by Unknown
on
February 25, 2015
Rating:
No comments: