![]() |
| gambar hiasan |
KUCHING: Seorang anggota tentera terbunuh akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, semalam.
Mangsa, Muhammad Misni Md Sa’At, 37, semasa kejadian dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah Batu Kawa ke Matang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya sekitar jam 4 petang.
Sebuah kereta dipercayai meluru masuk ke simpang pusat kitar semula di hadapan mangsa menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan kereta berkenaan.
“Akibat pelanggaran tersebut, motosikal mangsa terbabas dan mangsa tercampak beberapa meter dari tempat kejadian sehingga menyebabkan kecederaan parah,” kata sumber.
Orang awam yang menyaksikan kejadian segera membantu mangsa sementara menunggu bantuan daripada pihak ambulans.
“Mangsa yang bekerja di Kem Pakit, Sri Aman bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan kecemasan di Zon Merah Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS),” kata sumber lagi.
Sementara pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Anggota polis dari cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) juga hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan berhubung kemalangan tersebut.-BP
Anggota Tentera Maut Dalam Nahas Kereta - Motosikal
Reviewed by Unknown
on
March 04, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 04, 2015
Rating:
.jpg)
No comments: