Seo Services

Angin Kencang Timur Laut Hingga Jumaat


KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang dijangka bermula esok hingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran itu berikutan keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

"Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka pula dijangka berterusan sehingga awal malam ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang turut berbahaya kepada bot-bot kecil.- BERNAMA
Angin Kencang Timur Laut Hingga Jumaat Angin Kencang Timur Laut Hingga Jumaat Reviewed by Unknown on March 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.