Penyanyi kelahiran Singapura dan bekas juri Maharajalawak Mega 2014 Taufik Batisah 33, akui dirinya bakal menjadi suami orang dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaanya.
Taufik berkongsi rasa gembira ini menerusi laman portal Mediacorp Suria turut membuat pendedahan bakal isterinya itu bukan daripada kalangan dunia hiburan
Namun Taufik tidak mengulas lebih lanjut latar belakang bakal isterinya dan kemungkinan dia akan memberitahu kepada umum pada waktu yang sesuai.
“Secara jujur selepas ini saya akan lebih sibuk untuk membuat persiapan perkahwinan, perasaan saya ketika ini amat gembira kerana akhirnya ditemukan dengan insan istimewa.
“Sebelum ini saya banyak berselindung untuk berkongsi kisah cinta saya, tetapi bila tepat pada masanya saya akan umumkan terutama mengenai hal perkahwinan, “ ujar Taufik
Dalam pada itu, syarikat rakaman yang menguruskan kerjayanya selama ini Hype Records memberikan sokongan padu dan menghormati keputusannya untuk mendirikan rumah tangga. - Murai
Bakal Isteri Taufik Batisah Bukan Dari Dunia Hiburan
Reviewed by uMieySurianie
on
March 09, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 09, 2015
Rating:

No comments: