KUCHING: Tindakan pantas anggota Bomba mengawal dan memadamkan api telah mengelakankan bangunan Boulevard Shopping Mall dari terbakar awal pagi tadi.
Sarawakiana difahamkan, seramai 36 anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Lintang, Kuching dan Tabuan mengguna tujuh kenderaan dikejarkan ke permis tersebut yang terletak Jalan Datuk Tawi Sli, Batu Empat di sini setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 3:50 pagi.
Kebakaran dipercayai berlaku di sebuah bilik stor salah satu syarikat yang beroperasi di tingkat satu bangunan tersebut.
Biarpun pada mulanya, anggota-anggota bomba menghadapi kesukaran untuk membuka "Roller Shutter" di permis tersebut mereka alhirnya berjaya mengawal api dari merebak.
Sehingga pagi tadi, pihak bomba masih menjalankan kerja-kerja mengeluarkan asap tebal dalam bangunan ekoran sistem pengeluaran asap dan pepasangan keselamatan kebakaran premis gagal berfungsi.
Pihak bomba kini sedang menyiasat punca kebakaran dan kegagalan sistem pepasangan keselamatan premis berfungsi. - Sarawakiana
Boulevard Shopping Mall Kuching Hampir Terbakar
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 11, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 11, 2015
Rating:


No comments: