Seo Services

Hotel Telang Usan Di Kuching Hampir Terbakar



KUCHING: Hotel Telang Usan di Jalan Ban Hock di sini terselamat dari malapetaka susulan tindakan pantas pekerja hotel yang memadamkan kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.33 awal pagi tadi.

Menurut Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kuching Tiong Ling Hii, kebakaran tercetus akibat kegagalan menutup dapur eletrik dan hanya melibatkan lima peratus kerosakan.

"Pihak kami menerima panggilan kira-kira jam 3.34 pagi selepas pekerja hotel berkenaan berjaya memadam kebakaran dapur elektrik di bilik dapur hotel tersebut," katanya.

Kebakaran berjaya dipadam setelah pekerja hotel berkenaan mengaktifkan springkler sistem sehingga api padam sepenuhnya.

Setibanya pihak bomba disana, mereka hanya memastikan kebakaran tersebut padam sepenuhnya dan menutup sistem berkenaan.

Laporan menyatakan tiada kecederaan yang berlaku dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.-Sarawakiana

Hotel Telang Usan Di Kuching Hampir Terbakar Hotel Telang Usan Di Kuching Hampir Terbakar Reviewed by Unknown on March 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.