Sumber Kementerian Pertahanan mengesahkan van pengangkutan yang tertulis Feri Sekolah Angkatan Tentera Malaysia bernombor pendaftaran KDV 6929 merupakan milik syarikat Bentong Travel yang mendapat kontrak dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi membawa anak-anak anggota tentera ke sekolah.
Persoalannya, mengapa syarikat terbabit membenarkan van mereka digunakan untuk tujuan politik dan mengangkut peserta perhimpunan haram?
Bukankah sepatutnya van tersebut hanya untuk kegunaan ATM memandangkan telah mendapat kontrak yang lumayan dengan kerajaan? Apakah tidak ada syarat yang menghalang van terbabit digunakan dalam kegiatan lain?
Bayangkan apa yang mungkin dibuat lagi oleh van ini? Sudah tentu van seperti ini dengan mudah terlepas dari sekatan polis atau pemantauan ketat pihak berkuasa dengan andaian ia mempunyai kaitan dengan Tentera.
Jika hari ini mengangkut peserta himpunan haram, tidak mustahil akan datang digunakan untuk menyeludup sesuatu pula.
Lebih menyedihkan apakah Kementerian telah tanpa usul periksa memberi kontrak kepada mereka yang menentang agenda kerajaan?
Agaknya apakah yang dibualkan oleh pemandu van ini semasa membawa anak-anak anggota tentera ke sekolah dan ke rumah? Tidak mustahil indoktrinasi politik pro pakatan telah pun berjalan di dalam minda anak-anak ini. - MYKMU
Kenderaan Kontrak ATM Digunakan Dalam Perhimpunan Haram #KitaLawan ?
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 07, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 07, 2015
Rating:

No comments: