Seo Services

Kerajaan Negeri Sabah Rakam Penghargaan Atas Pembebasan Lans Koperal Zakiah


SANDAKAN: Kerajaan Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berusaha sedaya upaya sehingga berjaya membebaskan Lans Koperal Zakiah Aleip yang diculik sejak Julai tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri bersyukur dengan kepulangan Zakiah selepas sekian lama menjadi tahanan kumpulan pengganas di selatan Filipina.

"Kita bersyukur dengan usaha berterusan kerajaan menerusi perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli keluarga maka usaha membebaskan beliau berhasil.

"Kerajaan negeri juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Zakiah," katanya ketika mengumumkan pembebasan Zakiah di Sri Libaran di sini, pagi tadi.

Musa berkata, beliau sudah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai berita pembebasan itu dan mengucapkan terima kasih atas usaha pasukan keselamatan.
Kerajaan Negeri Sabah Rakam Penghargaan Atas Pembebasan Lans Koperal Zakiah Kerajaan Negeri Sabah Rakam Penghargaan Atas Pembebasan Lans Koperal Zakiah Reviewed by Unknown on March 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.