LONDON: Liverpool hampa selepas dipaksa seri 0-0 oleh pasukan dari Liga Championship, Blackburn Rovers yang jelas bertahan baik di Anfield dalam saingan suku akhir Piala FA, pagi ini.
Selepas saingan babak pertama yang seimbang, tuan rumah menguasai dengan serangan berulang-ulang namun setiap gempuran dipatahkan oleh Blackburn yang sebelum ini menewaskan pasukan liga elit, Swansea City dan Stoke City pada dua pusingan terdahulu.
Kolo Toure menanduk terkena tiang manakala Daniel Sturridge, Philippe Coutinho dan Raheem Sterling gagal menembusi kubu pelawat yang kental sekalipun kerap diasak.
Liverpool akan menentang lawan di Ewood Park dalam perlawanan ulangan.
Aston Villa yang menewaskan West Bromwich Albion 2-0, Sabtu adalah pasukan tunggal sudah layak ke separuh akhir manakala Manchester United menunggu kunjungan juara bertahan, Arsenal Isnin.
Bradford City akan berkunjung ke Reading pada 16 Mac ini untuk perlawanan ulangan. - Reuters.
Liverpool Hampa Diikat Blackburn 0-0
Reviewed by Unknown
on
March 09, 2015
Rating:
No comments: