Seo Services

Majlis Resepsi Perkahwinan Anak PM Dan TPM Serentak

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Tahun ini bakal melakar sejarah apabila anak kepada Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib dan juga anak Timbalan Perdana Menteri akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangan masing-masing. Majlis perkahwinan ini bertambah “gempak” apabila ianya bakal diadakan pada tarikh yang sama.

Menurut sumber PRU14, kedua-dua majlis perkahwinan anak pemimpin negara ini akan diadakan pada tarikh yang sama namun begitu lokasinya berbeza. Nampak gaya, ini bakal mencetuskan dilema kepada rakyat dan pemimpin negara yang lain dalam memberi fokus , keutamaan, kehadiran dan sebagainya.

Majlis persandingan anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa bersama pasangan Daniyar Kesikbayev akan diadakan pada 28 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Manakala majlis resepsi kedua pula akan diadakan pada 29 Mac ini pula di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pada 4 April ini, Datuk Seri Najib akan turut mengadakan majlis perkahwinan di kawasanya Pekan, Pahang. Semua rakyat dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan anak PM di Pekan.

Sumber juga turut mendedahkan majlis pernikahan anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Mahiaddin bersama pasangannya Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac ini akan berlangsung di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya.

Namun begitu majlis persandingan kedua mempelai itu akan diadakan pada 29 Mac iaitu tarikh yang sama dengan majlis anak PM di Kuala Lumpur. Majlis resepsi kedua untuk pasangan mempelai itu pula akan diadakan pada 4 Mac ini di Pagoh, Johor.- PRU14.tv
Majlis Resepsi Perkahwinan Anak PM Dan TPM Serentak Majlis Resepsi Perkahwinan Anak PM Dan TPM Serentak Reviewed by Admin on March 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.