Seo Services

Mayat Budak Terjatuh Dalam Sungai Ditemui



SARATOK: Pencarian mangsa lemas, adik Ningkan Bundak yang berusia lapan-tahun yang hilang sejak kelmarin berakhir apabila mayat beliau ditemui di Sungai Awik di sini pagi ini.

Mayat mendiang, yang ditemui mati berpakaian lengkap berbaju-Tee dan berseluar sukan ditemui oleh sepasukan Bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Saratok dengan bantuan penduduk kampung berdekatan dalam Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) lebih kurang jam 7:30 pagi.

Mayat mangsa ditemui lebih kurang 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.

Dalam kejadian tersebut (Hari Isnin), mangsa yang berasal dari Rumah Pana Nanga Malong, Sungai Nanga Malong Awik, Saratok dilapurkan terjatuh ke dalam Sungai Awik lebih kurang jam 6 petang.

Mayat mangsa telah di bawa ke hospital Saratok untuk bedah siasat. - Sarawakiana
Mayat Budak Terjatuh Dalam Sungai Ditemui Mayat Budak Terjatuh Dalam Sungai Ditemui Reviewed by Salfian Nawawi on March 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.