Seo Services

Menteri Kanada Terima Sampul Berisi Serbuk Putih


MONTREAL: Empat menteri Kanada menerima sampul surat berisi serbuk putih yang kemudiannya didapati tidak berbahaya.

"Dalam setiap kes, petugas menemui serbuk putih dalam sampul surat di pejabat wilayah menteri berkenaan di Quebec," menurut pegawai polis negeri, Sarjan Richard Gagne.

Sampul surat itu dihantar ke pejabat Menteri Infrastruktur, Denis Lebel; Menteri Pembangunan Antarabangsa, Christian Paradis; Menteri Perusahaan Kecil dan Pelancongan, Maxime Bernier; dan Menteri Keselamatan Awam, Steven Blaney.

Polis menyatakan analisis serbuk putih dalam sampul surat pertama yang dibuka petugas pejabat Lebel mendapatinya tidak berbahaya.

Sampul surat itu tiba ketika Parlimen membahaskan undang-undang anti-keganasan kontroversi yang dijuarai Blaney.

Ia mengingatkan kembali kepada kes antraks pada Oktober 2001 di Amerika Syarikat dan negara lain apabila surat yang diletakkan bakteria itu dihantar kepada wartawan dan penggubal undang-undang, menyebabkan beberapa orang dijangkiti. - BH
Menteri Kanada Terima Sampul Berisi Serbuk Putih Menteri Kanada Terima Sampul Berisi Serbuk Putih Reviewed by uMieySurianie on March 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.