SIBU: Orang ramai khususnya para usahawan bumiputera di sekitar Sibu dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi Usahawan Bumiputera Sibu (KUBS) yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini (esok-13 Mac 2015) pada jam 7:30 malam bertempat di Paramount Hotel Sibu (Banquet Room, Tingkat 3).
ADUN Nangka Dr Haji Annuar Rapaee dijadualkan akan merasmikan mesyuarat Agung KUBS tersebut.
Turut dijadualkan akan menghadiri majlis berkenaan ialah Pemangku Residen Bahagian Sibu Sapiah Daud, Dato’ Haji Mohamad Yusnar Haji Matalie, Kounselor Ibrahim Laili, Kounselor Zaiton Abdul Kader dan beberapa dif-dif kenamaan yang lain.
Beberapa agenda dan perkara penting akan dibentangkan dan diusulkan pada mesyuarat tersebut khususnya yang berkaitan dengan para usahawan-usahawan kecil atau sederhana.
Kaunter Pendaftaran turut disediakan bagi orang ramai terutamanya mereka yang berminat untuk menjadi Ahli KUBS dan yuran pendaftaran keahlian hanya sebanyak RM20 sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 084–317 852 atau 019–875 6677. - Sarawakiana
Mesyuarat Agung KUBS 2015
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 12, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 12, 2015
Rating:

No comments: