KOTA BHARU: Padah buat seorang buruh kerana menuduh adiknya menjual kakak mereka sehingga mengugut bunuh lelaki itu, dia dihukum penjara enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Majistret, Mohamad Isa Mohamed terhadap Mas Redzuan Ab Jabbar, 29, selepas mengaku melakukan kesalahan itu terhadap Saiful Razani, 27, di sebuah rumah tanpa nombor di belakang masjid Kampung Dewan Beta, di sini, pada jam 8.30 pagi, 7 Mac lalu.
Semalam, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan merayu hukumannya diringankan kerana dia masih mempunyai dua anak dan seorang isteri yang perlu ditanggung. Tertuduh juga hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM800 sebulan.
Dalam kejadian lalu, pengadu bersama keluarga berada di rumah didatangi tertuduh dengan tiba-tiba sambil memegang sebilah golok. Abangnya itu menuduh dia mengkhianati dirinya dan menjual kakak mereka. Pengadu bagaimanapun tidak tahu menahu tentang tuduhan itu.
Tertuduh bertindak menendang dada pengadu sebanyak satu tendangan dan mengugut akan membunuh pengadu, isteri dan anak-anaknya sekiranya mereka enggan keluar dari rumah itu.
Pengadu yang bimbang terhadap ugutan itu kemudiannya melaporkan kepada polis menyebabkan tertuduh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sebelum mengaku melakukan kesalahan tersebut.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri. Hukuman berkuat dari tarikh tertuduh ditahan sehari selepas kejadian itu. - SinarHarian
Padah Tuduh Adik Jual Kakak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 12, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 12, 2015
Rating:

No comments: