Seo Services

Pengauditan Akaun 1MDB Perlu Disegerakan - Shafie



IPOH: Pengauditan secara bebas dan menyeluruh ke atas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu disegerakan oleh Ketua Audit Negara bagi menjawab pelbagai perkara dan dakwaan yang berbangkit.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tugas dilakukan Ketua Audit Negara dan kemudian laporan mengenai akan diperincikan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) akan memberi jawapan sebenar dan merungkai apa yang dilemparkan pembangkang dan dalam media sosial.

"Kita minta ianya dibuat secepat mungkin kerana ini tidak dapat dielakkan dan perkara seperti ini untuk meyakinkan bahawa apa yang dinyatakan dan apa yang disuarakan sama ada oleh pihak pembangkang dan melalui media sosial perlu diperjelaskan kerana ia perkara yang berhubung kait dengan kepentingan negara'" katanya.

Beliau ditemui pemberita sebelum memberi taklimat pada Konvensyen UMNO Perak di sini hari ini.

Pengauditan Akaun 1MDB Perlu Disegerakan - Shafie Pengauditan Akaun 1MDB Perlu Disegerakan - Shafie Reviewed by Unknown on March 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.