KUCHING: Sedar akan jumlah kepadatan penduduk, khususnya di kawasan Tupong, Petra Jaya semakin hari semakin bertambah dan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut meningkat, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah tersebut.
ADUN Tupong Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata, pembangunan yang pesat serta banyak perumahan telah dibuka dikawasan tersebut yang menyumbang kesesakan lalulintas terutamanya Jalan Matang.
"Kita (kerajaan) ada banyak rancangan untuk mengurangkan kesesakan ini yang akan dilaksanakan dalam pelbagai peringkat kerana kita tidak dapat membangunkannya dengan sekali gus kerana pembangunan (di kawasan tersebut) amat pesat."
"Alhamdullillah, empat projek bagi mengurangi kesesakan lalu lintas di kawasan Tupong yang sedang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat," jelas Daud lagi.
Daud, yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Islam Di Pejabat Ketua Menteri berkata demikian dalam satu temuramah eksklusif bersama Sarawakiana tidak lama dulu.
"Salah satu daripada projek tersebut adalah Projek "Underpass" di Bultan Datuk Abang Kipali Abang Akip yang telah diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem."
"Projek ini dijangka akan dimulakan bila-bila masa tahun ini," kata Daud lagi.
Saksikan video penuh temubual tersebut di bawah:
- Sarawakiana
Projek-projek Yang Akan Mengurangkan Kesesakan Lalulintas Di Tupong
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 04, 2015
Rating:
Sapa tauk, apa "underpass" ya?
ReplyDeleteMun underwear semua org tauk...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete