BINTULU: Sebuah rumah dua tingkat separuh kekal hampir musnah dalam kebakaran di Kampung Jepak, Jalan Bintulu-Tatau, di sini pagi tadi.
Menurut Komander Operasi Bintulu Hashim Morshidi, seramai 14 orang anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bintulu serta dibantu oleh Pasukan Bomba Kampung Jepak seramai 20 orang berusaha memadam kebakaran tersebut diketuai.
"Kebakaran disyaki bermula dari sebuah bilik di tingkat bawah sehingga merebak keseluruhan rumah terbabit," katanya sambil menambah, semasa pihak bomba tiba dilokasi, kebakaran telah mencecah hampir 60 peratus keadaaan rumah tersebut.
Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. - Sarawakiana.
Rumah Rentung Dalam Kebakaran Di Kampung Jepak, Bintulu
Reviewed by Unknown
on
March 12, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 12, 2015
Rating:

No comments: