Seo Services

Rumah Tiga Tingkat Ranap Dijilat Api



KUCHING: Sebuah rumah tiga tingkat berhadapan dengan Depan Santubong Suite, Jalan Sultan Tengah, Pantai Damai di sini terbakar malam tadi.

Difahamkan, panggilan kecemasan di terima lebih kurang jam 9:30 malam dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Petra Jaya di bantu sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya dikejarkan ke lokasi kebakaran.

Sehingga berita ini ditulis, pasukan bomba tersebut sedang bertungkus lumus memadamkan api yang telah membakar hampir 80 peratus daripada tingkat tiga rumah tersebut.

Punca kebakaran belum diketahui dan tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa diterima setakat ini. - Sarawakiana
Rumah Tiga Tingkat Ranap Dijilat Api Rumah Tiga Tingkat Ranap Dijilat Api Reviewed by Salfian Nawawi on March 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.