Sarawak akan terus berunding dengan Petronas untuk mendapatkan royalti lebih tinggi bagi minyak dan gasnya, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Menurut Adenan, beliau akan terus memperjuangkan perkara itu sehingga mendapat respons positif daripada Petronas memandangkan minyak dan gas berkenaan diperoleh dari perairan di luar pantai Sarawak.
"Saya berbincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pihak lain. Mereka bersikap terbuka tentang idea ini.
"Bagaimanapun, Najib minta saya menunggu dahulu berikutan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia sekarang," katanya pada majlis makan tengah hari yang diadakan bagi meraikan ulang tahun pertama beliau menjadi ketua menteri.
Beliau berkata setakat ini Sarawak mencapai beberapa kejayaan, termasuk persetujuan Petronas baru-baru ini untuk memberi kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada firma tempatan.
"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kita tidak boleh menjadi penonton sahaja, kita kena jadi peserta," katanya - Bernama
Sarawak Terus Perjuang Dapatkan Royalti Minyak dan Gas Lebih Dari Petronas
Reviewed by Unknown
on
March 04, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 04, 2015
Rating:

No comments: