Seo Services

SPPA Turun Padang Bantu Masyarakat


KUCHING: Kasih ibu kepada dua anaknya yang cacat sejak lahir terpaksa dikorbankan selepas dia tak mampu lagi menjaga dua anaknya.

Chan Jan Fah, 67 yang sudah tua dan tak mampu lagi menjaga dua anak nya Chong Hui Ling 42 dan Chong Jem Cheng 40.

Menurut Jan Fah, beliau terpaksa mengangkat dan memandikan kedua anaknya setiap hari. Sekarang saya dah tua dan tak mampu lagi menjaga mereka.

Saya berharap pihak Kebajikan dapat mengambil serta menjaga kedua anaknya yang cacat semenjak lahir.

Dahulu saya bersama anak bungsu saya Chong Boon King bersama sama mengangkat kedua anak saya serta mengurus keperluan harian mereka.

Sekarang anak bungsu saya dah berkahwin dan mempunyai dua anak kecil dan bekerja sebagai tukang masak di resturan. Bekerja dari tengah hari hingga ke tengah malam.

Dia tiada masa untuk menguruskan kedua abang serta kakaknya. Saya berharap pihak kebajikkan akan mengambil serta menjaga kedua dua nak saya ini.

Penghulu Chai Khiun Khian meminta jasa baik untuk orang ramai membantu keluarga ini.

Walaupun mereka mendapat bantuan dari Kebajikan Masyarakat tapi ibu mereka sudah tua dan adik bungsu mereka tidak mampu untuk menjaga kedua dua saudaranya.

Sesiapa orang awam yang sudi membantu boleh menghubungi beliau di talian 013 8226808 tambah beliau lagi semasa majlis penyerahan bantuan Tahun Baru Cina daripada Persatuan Jurugambar Media Sarawak (SPPA) yang diwakili oleh Presiden Mohd Radzi Bujang.

Menurut Radzi Bujang, SPPA akan meminta bantuan Penaung SPPA Datuk Hajah Fatimah Abdullah yang juga Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk menolong keluarga ini.

SPPA ditubuhkan untuk menjaga kebajikan jurugambar serta alhi dan juga meyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Ahli SPPA terdiri dari Jurugambar serta pemberita yang berminat dalam aktiviti kebajikkan serta Khidmat masyarakat.

Kami mendapat dana dari orang perseorangan serta syarikat untuk menjalankan aktiviti ini.

Dari jumlah dana tersebut, 80 peratus daripada dana dana ersebut disalurkan serta sdiagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Sesiapa yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh lah berhubung terus kepada saya 016 8881394 tambah Mohd Radzi lagi.


Selepas majlisberkenaan, SPPA kemudiannya menyampai sumbangan Kerusi Roda kepada Simita Kairan 75, ibu kepada Jurugambar New Sarawak Tribune Ramidi.

Simita yang patah tulang lutut kanan akibat terjatuh dua tahun lepas terpaksa menggunakan kerusi roda utuk bergerak.

Kerusi Roda sumbangan dari Pusat Khidmat P197 Petrajaya disampaikan oleh Mohd Radzi Bujang. - SPPA
SPPA Turun Padang Bantu Masyarakat SPPA Turun Padang Bantu Masyarakat Reviewed by Salfian Nawawi on March 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.