SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekiranya ada bukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat dana pelaburan strategik itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menunggu laporan lengkap berhubung perkara itu daripada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebelum mengambil tindakan susulan.
"Cuba lihat semula kenyataan kerajaan oleh perdana menteri. Pihak audit akan masuk (dan menyiasat), memeriksa, dan mereka akan mengemukakannya (laporan) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)(Parlimen).
"Jika ada kes (penyelewengan), maka mereka akan membawa perkara ini kepada badan penguatkuasaan undang-undang (SPRM)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(Puspakom).
Dalam pada itu, Abu Kassim turut mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada membuat sebarang tuduhan tidak berasas berhubung status akaun 1MDB sehingga siasatan terhadap kes berkenaan selesai.
SPRM Akan Siasat 1MDB Jika Wujud Unsur Penyelewengan
Reviewed by Unknown
on
March 10, 2015
Rating:
No comments: