KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini yang bagaikan diberi nafas baru semakin diterima oleh masyarakat Cina di Sarawak.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Malam Gemilang Chap Goh Mei anjuran SUPP di Padang Jubilee, Padungan di Kuching malam tadi.
"Ini berdasarkan dengan sambutan dari kalangan masyarakat Cina yang menghadiri setiap majlis anjuran parti SUPP, salah satu komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak."
"Saya amat sukacita dengan pencapaian ini dan yakin masyarakat Cina di negeri ini akan terus maju bersama-sama masyarakat lain di Sarawak,"atanya lagi.
Adenan, yang juga pengerusi BN Negeri berkata, pembangunan di negeri ini akan terus berkembang jika perpaduan sedia ada di Sarawak pada masa ini terus dikekalkan.
Pada majlis yang sama, pelbagai persatuan tarian naga dan singa yang melibatkan sembilan naga dan 36 singa bergabung untuk menjayakan satu persembahan yang mantap.
Ribuan wargakota yang memenuhi ruang padang tersebut seawal jam 6 petang lagi dan majlis turut dihadiri Presiden SUPP Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian dan barisan pimpinan SUPP. - Sarawakiana
SUPP Semakin Diterima Masyarakat Cina Kembali - Adenan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 06, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 06, 2015
Rating:




No comments: