SADONG JAYA: Penglibatan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan menjadikan kita golongan yang istimewa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Haji Shukri berkata, wanita dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri di mana mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum Adam tetapi juga penerus generasi manusia di alam ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian dalan ucapannya pada Program Wanita Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2015 anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Iboi Ulu hari ini.
Program Wanita Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2015 yang bertema “Jadikan Kenyataan” atau “Make It Happen” tahun ini disambut serentak di seluruh dunia semalam iaitu pada 8 Mac setiap tahun menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia,
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian dalan ucapannya pada Program Wanita Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2015 anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Iboi Ulu hari ini.
Program Wanita Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2015 yang bertema “Jadikan Kenyataan” atau “Make It Happen” tahun ini disambut serentak di seluruh dunia semalam iaitu pada 8 Mac setiap tahun menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia,
“Sesungguhnya saya berasa sukacita kerana penganjuran program ini dapat direalisasikan dengan jayanya dengan pelbagai aktiviti diatur bagi membolehkan kita berkongsi maklumat dan merapatkan lagi hubungan di kalangan kaum wanita serta keluarga di kawasan ini,” katanya.
Nancy berkata, ia menjadi pemangkin untuk kita melakukan sesuatu berbekalkan satu semangat yang kental, cekal dan bersungguh-sungguh agar apa jua impian dapat dicapai sepenuhnya.
Memuji penglibatan PPWS yang sejak awal penubuhannya memperjuangkan martabat wanita di Sarawak, Nancy juga menyatakan awal minggu ini, PPWS juga telah melancarkan Kelab “Friends of WI” di Putrajaya yang bertujuan mengumpul anak-anak Sarawak yang menetap di Semenanjung serta NGO-NGO wanita sebagai rakan kepada pertubuhan PPWS.
Seiring dengan tema sambutan Hari Wanita Sedunia 2015 iaitu “Make It Happen” di mana komitmen kaum wanita dalam mengangkat martabat wanita-wanita lain bukan sekadar omong kosong, langkah ini merupakan perkongsian bijak atau ‘Smart Partnership’ yang akan meluaskan lagi peranan wanita dalam pembangunan negara.
“Justeru itu, saya sekali lagi ingin menekankan agar seluruh wanita di kawasan ini menjadikan tema ‘Make it Happen’ atau ‘Jadikan Kenyataan’ sebagai perangsang untuk kita bergerak jauh lagi ke hadapan bagi mencapai impian yang lebih tinggi.
“Jadikan apa jua halangan sebagai cabaran yang harus kita tangani sebaik mungkin. Teruslah berusaha agar apa yang hendak dicapai dapat direalisasikan,” katanya lagi.
Nancy turut menyarankan jika ingin menjadi usahawan, jadilah usahawan yang berjaya tidak kira dalam apa jua bidang sama ada dalam industri pakaian, tekstil mahupun fesyen, ataupun dalam bidang makanan, pengusaha restoran, kek serta pelbagai lagi bidang. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Selain itu, kerajaan telah membuka banyak peluang terutama kepada wanita untuk menceburi bidang keusahawanan. Malah, peluang-peluang tersebut telah digunakan sebaik mungkin oleh golongan wanita di negara ini di mana rekod Amanah Ikhtiar Malaysia menunjukkan ramai wanita telah muncul sebagai usahawan berjaya. Kejayaan mereka boleh dilihat melalui komitmen yang ditunjukkan melalui pembayaran pinjaman tanpa ada masalah.
Difahamkan sehingga 30 September 2014, seramai 347,907 usahawan wanita telah membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia dan daripada jumlah tersebut, seramai 36,889 orang merupakan usahawa wanita Sarawak. Melalui rekod, kesemua mereka ini telah membuat pembayaran balik pinjaman dengan baik.
Beliau berkata adalah menjadi harapan Kerajaan untuk melihat lebih banyak wanita di negeri ini mengorak langkah jauh ke hadapan selaku individu yang bekerja sendiri, pemilik perniagaan, pengeksport dan pemain dalam pasaran global.
“Ambillah peluang daripada apa jua program yang dianjurkan di kawasan ini kerana sesungguhnya, untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan, kita perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran,” katanya. - Sarawakiana
Wanita Golongan Istimewa - Nancy
Reviewed by uMieySurianie
on
March 09, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 09, 2015
Rating:

No comments: