Seo Services

Aduan Kurang, Rakyat Sudah Dapat Terima GST


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini mengatakan, rakyat sudah memahami dan boleh menerima pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak dua minggu lalu.

Kesimpulan ini dibuat beliau berdasarkan statistik kementerian yang menunjukkan pengurangan dari segi bilangan aduan pengguna yang diterima.

"Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST).

“Bertentangan apa yang diwar-warkan sebelum ini di media sosial, dengan sikap pembangkang dan lain-lain, banyak yang negatif daripada positif.

"Oleh itu alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka."

Beliau juga menyatakan, maklumat yang diperolehi daripada media massa mengenai GST membuatkan rakyat tidak ada masalah dalam memahami pelaksanaan cukai tersebut.

"GST satu sistem percukaian yang cukup telus. Maknanya, orang tak boleh lari dari membayar cukai dan sebagainya.

“Jadi rakyat sudah boleh memahami, apatah lagi maklumat yang diberikan semua stesen TV, radio, media dan lain-lain, mereka sudah cukup faham."

Sebelum ini dilaporkan, selepas enam hari GST dilaksanakan, kementerian menerima 692 aduan daripada pengguna melalui pusat gerakan anti pencatutan.

Sementara itu, Hasan turut mengulangi hasratnya berhubung penghapusan 10% caj perkhidmatan di restoran dan hotel.

Menurutnya, sementara menunggu keputusan mesyuarat mengenai perkara itu, restoran dan hotel disarankan agar meletakkan notis di pintu masuk premis mereka supaya pengguna sedia maklum mereka mengenakan 10% caj perkhidmatan.

"Saya nampak hotel yang mengenakan 10% caj perkhidmatan tak banyak, sebab tiada 'Collective Agreement' yang mereka tandatangani." -TMI.
Aduan Kurang, Rakyat Sudah Dapat Terima GST Aduan Kurang, Rakyat Sudah Dapat Terima GST Reviewed by Unknown on April 15, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. atau orang dah malas nak komplain ....komplain nanti tak ada tindakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...kalau buat demo pon sama gak...kena tangkap..apalah nasib badan

      Delete
  2. CGPA ini ada kurang sikit dari Ahmad Maslan...3.25... ptuiii!!!......

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.