KATHMANDU: Jumlah rasmi angka kematian mangsa gempa bumi di Nepal meningkat kepada 3,218, lapor Ketua Pengurusan Bencana pada Isnin.
"Angka kematian sudah mencecah 3,218 dengan lebih 6,500 cedera," kata Rameshwor Dangal yang mengetuai Bahagian Pengurusan Bencana Kementerian Dalam Negeri, Nepal.
Terdahulu, angka korban yang dicatatkan hanya 2,430 dengan kira-kira 90 orang dilaporkan maut di beberapa negara jiran seperti India dan China.-Awani
Angka Korban Gempa Bumi Nepal Meningkat Kepada 3,218 Orang
Reviewed by Unknown
on
April 27, 2015
Rating:
No comments: