Seo Services

ASEAN Perlu Selesai Pertikaian Laut China Selatan Secara Baik - PM

Foto EPA

KUALA LUMPUR: ASEAN perlu menangani isu pertikaian di Laut China Selatan secara proaktif, positif dan konstruktif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam negara ASEAN meneruskan hubungan kerjasama dengan negara luar ASEAN, ASEAN perlu menguruskan perbezaan seperti tuntutan bertindih maritim tanpa menambah ketegangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, sebentar tadi.

"Menghormati undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut mesti menjadi asas peraturan pembabitan dan aktiviti di Laut China Selatan.

"Sebagai Pengerusi, Malaysia berharap kita akan mencapai kemajuan dalam usaha kita ke arah rumusan awal Kod Tatalaku (COC)," katanya.

Perdana Menteri juga mengajak semua negara ASEAN bekerjasama bagi memastikan 'Abad Asia' akan turut menjadi 'Abad ASEAN'.

Najib berkata, melalui ASEAN Berpaksikan Rakyat yang bertujuan menempa sebuah komuniti yang mengiktiraf persamaan dalam kepelbagaian dan kejayaan yang dikongsi bersama, misi berkenaan mampu dicapai.

Perdana Menteri turut meminta ASEAN mengutamakan kesederhanaan bagi mengekalkan keamanan dalam kepelbagaian bangsa di rantau ini, selain terus mengecam aktiviti keganasan seperti kumpulan IS.

Dalam pada itu, Najib juga meminta ASEAN mengutamakan kesederhanaan bagi mengekalkan keamanan dalam kepelbagaian bangsa di rantau ini, selain terus mengecam aktiviti keganasan seperti Negara Islam (IS). - BH

ASEAN Perlu Selesai Pertikaian Laut China Selatan Secara Baik - PM ASEAN Perlu Selesai Pertikaian Laut China Selatan Secara Baik - PM  Reviewed by uMieySurianie on April 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.